Bulan April

Apa hal dengan bulan April? Takda apa...cuma sebab sekarang ni bulan April. Dek kerana bulan ni juga saya sibuk exam jadi artikal ni la pelepas stres kononnya.
Apa yang saya tahu Penubuhan RTM jatuh pada tarikh 1 April. Banyak lagi la kejadian berlaku pada hari pertama bulan April tapi saya pun dah lupa peristiwa penting yang lain tu...
Kalau mengimbas hari pertama pada bulan ini saya p tengok sukan daerah berhampiran rumah saya. Turut serta pasukan dari sekolah saya dan anak sulung saya mewakili sekolah menengah di sini.Saya tak pernah tengok anak saya mengikuti sukan daerah sebab beberapa tahun sebelum ni sukan diadakah jauh dari kediaman. So, tak berpeluang nak menonton aksi dia. Berpanas pun tak kisah...
Sebenarnya nak dijadikan cerita... bulan ni la bulan kelahiran saya dan dua orang adik saya...happy birthday untuk saya dan adik-adik saya...terima kasih kepada merkea yang mengingati hari kelahiran saya pada tahun ini...sayang anda semua...

1 ulasan:

Irnanis@mama berkata...

selamat hari lahir tie..
semoga tie sekeluarga sentiasa dalam lingkungan keredhaan Ilahi..amin ya robbal a'lamin..

Design by Blogger Templates | Gorgeous Beaches of Goa