Bulan April

Apa hal dengan bulan April? Takda apa...cuma sebab sekarang ni bulan April. Dek kerana bulan ni juga saya sibuk exam jadi artikal ni la pelepas stres kononnya.
Apa yang saya tahu Penubuhan RTM jatuh pada tarikh 1 April. Banyak lagi la kejadian berlaku pada hari pertama bulan April tapi saya pun dah lupa peristiwa penting yang lain tu...
Kalau mengimbas hari pertama pada bulan ini saya p tengok sukan daerah berhampiran rumah saya. Turut serta pasukan dari sekolah saya dan anak sulung saya mewakili sekolah menengah di sini.Saya tak pernah tengok anak saya mengikuti sukan daerah sebab beberapa tahun sebelum ni sukan diadakah jauh dari kediaman. So, tak berpeluang nak menonton aksi dia. Berpanas pun tak kisah...
Sebenarnya nak dijadikan cerita... bulan ni la bulan kelahiran saya dan dua orang adik saya...happy birthday untuk saya dan adik-adik saya...terima kasih kepada merkea yang mengingati hari kelahiran saya pada tahun ini...sayang anda semua...

Boleh ke percaya semua orang?...

Suatu masa dulu saya tidak pernah mahu memikirkan perlukah kita percaya atau tidak pada seseorang. Sebabnya saya yakin setiap perlakuan seseorang ada sebabnya....ada alasanya untuk berbuat demikian. Situasi yang berbeza juga menjadi punca sesuatu itu berlaku. Itu kalau orang lain yang menghancurkan kepercayaan kita.. tapi kalau orang yang paling rapat dengan kita mengkhianati kita, kita rasa sangat terpukul..betul ke?

Kata orang buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Jadi berpada-pada la apabila mempercayai seseorang...

Demam Exam

Exam semester Januari 2010 akan membuka tirainya esok. Esok dan lusa saya akan menduduki exam untuk 2 subjek.Subjek terakhir pada 16 April nanti. Nampak gayanya saya terpaksa bergegas ke Kota Kinabalu petang ini. Nak bertolak esok pagi bukan pilihan yang tepat.Kenapa? Perjalanan yang memakan masa 2 hingga 3 jam sangat memenatkan bagi saya. Jadi kena jalan sehari lebih awal.Malam ni saya nak tidur sepuas-puasnya.Itulah cabaran sebenar bagi saya yang tinggal di luar bandar...selamat menduduki exam buat saya huhu....

Sedih...sunyi...



Semua orang pernah berasa sedih dan sunyi ...saya pun pernah merasakannya...
Tapi setiap orang ada cara meredakan kesedihan dan kesunyian. Kalau saya sedih ,saya lebih suka mendiamkan diri.Saya tak suka bercakap dengan orang sekeliling. Saya akan melayari internet dan mencari lagu-lagu yang saya suka terutama dari youtube. Kalau ada gitar saya akan memetik gitar. Nak katakan mahir bermain gitar tu tak juga mahir sangat tapi memadailah menyanyi untuk diri sendiri.Dalam kesedihan dan kesunyian itu kita kenalah muhasabah diri selalu....sekian...

Design by Blogger Templates | Gorgeous Beaches of Goa