Special Donut



Apabila berpeluang berkunjung di pusat membeli-belah Suria Sabah, perkara pertama yang terlintas difikiran ialah mengunjungi kedai donut. Terdapat pelbagai perisa donut yang ada di kedai Big Apple Donuts & Coffee. Gambar di atas adalah sebahagian sahaja yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Lain kali perisa lain pula..

My New House


Apartment yang saya beli pada tahun 2008 sudah siap. Lokasinya di Universiti Condo Apartment Jalan Sulaman Kota Kinabalu.





Ruang tamu


Bilik utama


Anak-anak bersantai


Pandangan dari pejabat MC.

Perkahwinan Sheikh Muszaphar dan Dr Halina




Ramai yang menanti tarikh 10.10.2010 untuk menyaksikan pernikahan angkasawan negara yang pertama. Ini adalah sebahagian gambar pernikahan mereka. Tahniah dan semoga perkahwinan ini bahagia hingga ke akhir hayat.

Strawberry


Semasa membeli -belah di Giant Karamunsing, saya terjumpa kedai menjual buah-buahan bersebelah Giant. Dalam banyak-banyak buah, buah inilah yang menarik perhatian saya sebab agak besar sedikit berbanding strawberry saya pernah beli di Kundasang Ranau. Menurut penjual itu, strawberry ini diimport dari US, sebab tu saiznya agak besar. Aleeya memang suka sangat makan buah ni.

Ketupat Daun Palas

First time makan ketupat daun palas dan tapai pulut. Orang yang buat ni ialah emak kepada kawan saya yang datang ke Sabah. Oleh sebab di sini susah nak cari daun palas, daun ini dia bawa khas dari Kelantan. Terima kasih kerana sudi buatkan makanan yang tak pernah saya makan.Sebelum ni saya pernah upload tapai ubi.Mak cik ni juga yang buat.Bila nak rasa lagi? Tak tau bila sebab kawan saya pun dah pindah balik Kelantan.Terima kasih atas segalanya.

Design by Blogger Templates | Gorgeous Beaches of Goa