Sedetik Rasa....

Kita Dalam Takdirnya

Koleksi Karya Melur Jelita

Selepas menempuh kehidupan yang penuh dengan kesibukan selama beberapa tahun kebelakangan ini, aku berjinak-jinak dengan novel. Bukan menulis tetapi membaca hasil cetusan minda para penulis masa kini. Aku berkenalan dengan hasil cetusan minda Melur Jelita. Menghayati dan menjiwai hasil tulisan penulis ini mencetuskan satu fenomena dalam ruang minda dan jiwa aku. Kisah kasih sayang tanpa mengira batas ruang dan waktu serta kesedaran bahawa hidup kita sebagai manusia adalah dibawah lindungan dan takdir ilahi. Membaca karya Melur Jelita membawa aku lebih menghargai segala yang dimiliki.Sesungguhnya semua yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata dan kita perlu menghargainya.Nak ulas lebih-lebih pun tak reti sebab hanya diri kita yang faham perasaan kita setelah membaca novel-novel ini. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Sebenarnya sukar untuk dirungaikan dengan kata-kata.Apa yang pasti, best.....

Perkenalan dengan novel pertama Melur Jelita iaitu Awak Suka Saya Tak? bermula apabila aku ternampak novel yang agak tebal ini di kedai buku POPULAR di City Mall Kota Kinabalu pada 6 April 2013. (Kenapa ingat tarikh tu? Sebab aku dah tulis tarikh aku beli buku tu dekat first page buku ASST). Tengok je tajuknya, memang berminat dah. Dalam hati, buku ni confirm puas hati baca. Pasai apa? Sebab tebal la....hehehe. Actually, selepas 3 hari 3 malam membaca ASST....dah rasa macam tak puas baca...nak lagi....tapi kena tangguh dulu la....takut tak berasap pula dapur aku tu....hehehehe



Idea meng'create' sendiri watak jelmaan dalam novel Awak Suka Saya Tak? datang selepas beberapa kali membaca novel tersebut dan selepas melihat fanpage penulis tersebut.Watak jelmaan Puteri Intan Zulaikha adalah model comel dari Indonesia dan watak jelmaan Hilman Yong adalah watak yang terdapat dalam fanpage penulis itu sendiri.Selepas beberapa kali percubaan, akhirnya inilah yang terhasil.Boleh la, kan?....

Ingat tak kisah pokok taugeh dalam novel Awak Suka Saya Tak? Pembaca lain mungkin tak berapa ambik kisah pasal pokok taugeh tapi aku suka cerita di sebalik pokok taugeh ni. Part pokok taugeh inilah yang memberi gambaran kepada kita betapa watak Puteri Intan Zulaikha seorang yang sangat cute sejak kecil lagi.



Sesi perkenalan pula dengan novel I Love You, Stupid! bermula apabila ternampak kak Melur Jelita di youtube yang memperkatakan tentang novel ini di tv9.Rupanya ada lagi novel selepas ASST. Nekad nak cari novel ILUS, akhirnya aku kembali ke kedai POPULAR di City Mall pada 27 April 2013 dan syukur kerana novel itu masih ada di kedai itu. Nak habiskan baca novel tu? Ni nak habaq kat hang... 3 hari 4 malam untuk merungkai isi ILUS yang setebal 1389 page...pecah rekod la kan....tak pernah baca novel setebal itu....walau pun begitu, dapur aku tetap berasap tau....hehehe



Yang ni pula aku create berdasarkan beberapa part dalam novel I Love You, Stupid! dan My Precious Iris. Bulan, rama-rama & cakcibor (pepatung)adalah simbol kepada penyatuan jiwa watak Iris dan Firman.



Yang ni pula aku main tempek je.....editing macam tongkang pecah....cacamerba jadinya.....

Suka sangat dengan watak Firman 'the lanun' dan Iris 'the diva' pembunuh senyap lelaki tanpa bayang....





Loceng angin kegemaran Firman dan Iris

Ini gambar candid daripada hubby diambil ketika dalam flight K.Kinabalu-K.Lumpur-K.Bahru pada 7 Jun 2013. Aku beli novel My Precious Iris melalui online daripada Penerbiran Karya Seni pada 21 Mei 2013. Oleh sebab nak ulang baca, aku bawa novel ni dan baca dalam flight.Hehehe...angau tak hengat....



Sudahnya, sampai di Kelantan aku bawa novel MYP1....nak buat cam mana....asyik nak bergendeng dengan MYPI je....hehehe



Ketika mengikuti seminar selama 2 hari pada 20-21 Jun lepas di Kota Kinabalu, aku bawa bersama 2 novel ni. Bukan apa, sebagai peneman sebab aku bosan duduk sorang di rumah pada waktu malam selepas seharian mengikuti seminar. Dua hari memang tak sempat habis baca pun tapi boleh la sebagai peneman aku...hehehe

Design by Blogger Templates | Gorgeous Beaches of Goa