Kad Pengenalan Mantan Perdana Menteri Malaysia

Tunku Abdul Rahman Ibni Almarhun Sultan Abdul Hamid
Tun Abdul Razak Bin Datu Hussain
Tun Hussein Bin Onn
Tun Dr.Mahathir Bin Mohamad
Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi

Muhasabah Diri: Seuntai Kasih Untuk Dirasa

Sekadar perkongsian:Setiap kali kita berasa tekanan dalam kehidupan, kita seharusnya 'refresh' minda kita dan muhasabah diri. Kita perlu memahami diri kita sendiri dan tidak perlu memaksa orang lain memahami kita. Kita kena berbalik kepada fitrah manusia itu sendiri bahawa setiap orang berbeza kejadiannya.Apabila memahami diri sendiri kita lebih mudah mengubah diri kita daripada mengubah orang lain. Memaafkan semua orang sebelum tidur adalah ubat yang mujarab kepada penyakit hati.Insyallah....

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

Nak share kajian 25 tahun Dr.Fadzilah Kamsah. Nak tau betul ke tidak kena baca dulu la ye.....

JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi.

FEBRUARI

Berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi.

MAC

Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL

Sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu.

MEI

Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea @mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI

Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.

OGOS

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.

OKTOBER

Suka bersembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong, bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi. Seronok didampingi. Suka bercampur dgn org. Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yg berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

Putera William & Kate Middleton tiba di Sabah

Pasangan diraja Britain, Duke dan Duchess of Cambridge tiba di sini untuk lawatan dua hari ke Sabah. Pesawat khas yang membawa Putera William dan isterinya Catherine tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada kira-kira 7.50 malam. Ketibaan pasangan diraja itu disambut oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin dan isteri Datin Jouyah Mohd Yunin serta pegawai kerajaan dan orang kenamaan asing. Sebaik tiba untuk majlis itu, Putera William dan Catherine disambut dengan dipakaikan kalung manik yang dikenali sebagai Pinakol, yang sinonim dengan kebudayaan etnik Rungus, sebagai tanda 'selamat datang'. Putera William dan Catherine akan menaiki helikopter untuk melawat Lembah Danum, kawasan hutan hujan tropika utama, terletak kira-kira 70km dari Lahad Datu, dengan pasangan diraja itu akan meninjau kawasan seluas 438km persegi itu dan mendengar taklimat oleh para penyelidik. Malaysia merupakan destinasi kedua selepas Singapura, dalam program lawatan sembilan hari di Timur Jauh, sebagai wakil kepada Ratu Elizabeth II sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda Ratu.
Duke and Duchess of Cambridge, Putera William dan Catherine berjalan merentasi jambatan di Pusat Penyelidikan Hutan Hujan Borneo di Lembah Danum kira-kira 70 kilometer (44 kilometer) di barat Lahad Datu, di Sabah pada Sabtu.
Putera William & Kate di Danum Valley, Lahad Datu Sabah
Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton mengakhiri lawatan mereka ke negara ini dengan menikmati keindahan kawasan hutan hujan tropika yang terpelihara baik di Malaysia. Duke dan Duchess of Cambridge meluangkan masa kira-kira tiga jam melawat Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, bercakap dengan 25 penyelidik dan penuntut Universiti Oxford serta duduk di atas dahan pokok setinggi kira-kira 50 meter, selain diberi taklimat berkaitan semut dan hidupan lain di atas pokok dalam kawasan pemuliharaan seluas 43,800 hektar itu. Pasangan itu diterbangkan ke kawasan berkenaan oleh helikopter lapan tempat duduk syarikat penerbangan Sabah Air pada 10.15 pagi. Mereka kemudian mendengar taklimat Ketua Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar Yayasan Sabah Dr Waidi Sinun, Pengarah Program Penyelidikan Hutan Hujan Asia Tenggara (SEARRP) Royal Society Dr Glen Reynolds, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Tengku D Z Adlin serta Pengarah Jabatan Perhutan Sabah Datuk Sam Mannan berkaitan kerja pemuliharaan bersama Yayasan Sabah dan SEARRP. William menjadi Felo Diraja sempena sambutan ulang tahun ke-350 Royal Society pada 2010. Pasangan itu menunjukkan minat mendalam dalam kemajuan kerja pemuliharaan dan haiwan liar di kawasan tersebut seperti Orang Utan serta monyet Proboscis. Selepas mendengar taklimat selama setengah jam, Putera William dan Kate meredah hutan hujan tropika itu bagi merasai sendiri biodiversiti luar biasa yang terdapat di kawasan tersebut. Waidi menyifatkan kunjungan pasangan diraja itu sebagai 'berjaya dan bermanfaat'. "Duke of Cambridge ada berkata ayahanda baginda (Putera Charles) sememangnya menyukai hutan hujan tropika. Bagi saya, kunjungan ini berjaya dan bermanfaat kerana ia bakal meletakkan Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum ke satu tahap yang lebih tinggi. "Ia benar-benar merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha bersama Yayasan Sabah dan the Royal Society, terutama bagi kerja pemuliharaan yang kami lakukan. "Kami percaya apa yang telah dan sedang dilakukan di sini adalah penting dan signifikan di peringkat global... dan saya percaya inilah yang menarik minat pasangan diraja itu untuk berkunjung ke sini," katanya. Selepas meluangkan masa di Lembah Danum, pasangan itu turut berpeluang merasai pengalaman berjalan di jambatan atas pokok sepanjang 300 meter, sebelum berehat untuk makan tengah hari di Borneo Rainforest Lodge. Duke dan Duchess of Cambridge kemudian berlepas dengan pesawat komersial ke Kota Kinabalu. Malaysia merupakan destinasi kedua pasangan itu selepas Singapura dalam siri lawatan sembilan hari mereka ke timur jauh sebagai wakil Ratu Elizabeth II sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda di England. Pasangan itu dijadual melawat Kepulauan Solomon dan Tuvalu selepas ini.

Putera William & Kate Middleton di Malaysia

Putera William dan Kate Middleton
Putera William & isteri di Seri Perdana
Duke dan Duchess of Cambridge di KLIA
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Tuanku Haminah berkenan bergambar kenangan bersama Putera William dan Catherine sempena majlis santapan diraja di Istana Negara.
Kate Middleton
Pasangan Diraja Britain, Putera William dan Catherine Middleton melawat Masjid Assyakirin, KLCC di Kuala Lumpur.

Salam Maulidur Rasul

Design by Blogger Templates | Gorgeous Beaches of Goa