Sekolah Satu Aliran
Saya tertarik dengan idea Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkaitan dengan sekolah satu aliran. Apa yang berlaku pada masa kini seperti tuntutan-tuntutan hak oleh kaum tertentu, mempertikai perlembagaan dan kedaulatan raja-raja Melayu, saya sangat bersetuju dengan idea sekolah satu aliran.
Setelah sekian lama kewujudan sekolah pelbagai aliran terutama sekolah menengah, kini kita nampak implikasinya terhadap negara seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat majmuk.
Kita renung sejenak matlamat Pembinaan Negara Bangsa iaitu perpaduan kaum. Nampaknya kewujudan Sekolah Wawasan belum memadai untuk tujuan perpaduan.
Sistem pendidikan sekarang yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ternyata tidak membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.
Hasil pengamatan dan kajian yang dibuat telah mendapati sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan.
0 ulasan:
Catat Ulasan