Glitter Text @ Glitterfy.com

BIO VELOCITY SLEEP MATE....AMAZING EXPERIENCE



Saya sebenarnya sukar berkongsi kisah kehidupan peribadi kpd org lain...apatah lagi yg melibatkan keadaan kesihatan kami sekeluarga. Namun apabila saya membeli BVSM utk suami yg ketika itu sakit belakang & pinggang & kesannya sangat menakjubkan....maka saya terfikir  kenapa saya perlu merahsiakan pengalaman yg hebat ini.

Sebenarnya, saya tak reti sgt cite kronologi kpd sakit yg suami alami. Suami mula sibuk dgn assignment pd 2008. Duduk atas kusyen,menghadap komputer riba atas meja kopi selama bbrp jam sehari...selama bbrp tahun...mungkin salah satu punca kesakitan itu berlaku. Tiba-tiba pd Disember 2011 suami sakit belakang & sukar utk berdiri . Pada ketika tu kami sedang exam  & paper utk hari tu bermula pukul 10 pagi. Dgn kesukaran yg amat, suami pegi juga exam tu. Hanya Tuhan saja yg tahu azabnya dia turun naik kereta. Sakit itu beransur hilang selepas bbrp minggu.

Bermula Januari 2014, kami suami isteri selalu travel utk hantar & ambil anak di asrama. Perjalanan 6 jam sehala & 12 jam pergi balik...mmg letih. Setiap kali ada cuti , kami kena hantar & ambil anak. Ogos 2014 (hari raya ke 4), sakit itu menyerang kembali dgn lebih teruk.Nak bangkit duduk dri baring pun memakan masa hampir 15 minit. Saya &  anak sulung bawa suami ke klinik & doktor beri suntikan. Selepas 2 jam diberi suntiikan...suami dah boleh bangun. Tetapi keadaan sakit berlarutan selama bbrp bulan selepas itu. Walaupun suami tetap pergi kerja seperti biasa tetapi  segala pergerakan sangat terbatas.

 Januari 2015, ( yg ni klu sya ingat...mmg x sanggup cite...sebak sgt) saya mula nampak perubahan badan suami yang senget ke kanan & badannya herot ketika berjalan.Nak solat terpaksa duduk atas kerusi. Ketika sedang berfikir ikhtihar seterusnya (sbb suami x nak pergi ke hospital)....dgn izin Allah tiba2 saya teringat ttg BVSM yang pernah diceritakan oleh DSM Dg. Saniah Ag.Damit bbrp thun yg lalu (Nov or Dis 2013 klu x silap)

Kerana keadaan yg mendesak pd ketika itu saya order BVSM & transfer payment. Suami guna sebagai selimut. Feed back dia yg pertama....sejuk dipakai....x panas....tidur yg sgt nyenyak. Siang hari pun suami guna sbg selimut. Dua hari selepas menggunakan BVSM, muka suami dah mula cerah...dah x pucat. Dua minggu selepas itu, badan suami dah x herot & badan senget tu dah x ketara sgt. Malah ketika cuti raya cina, dia boleh memotong rumput (menggunakan mesin) di halaman rumah (rutin setiap kali cuti sekolah). Minggu ke 2 April, ketika itu ada aktiviti ko-kurikulum sekolah....dia join team bola tampar (hanya beberapa minit sbb sya dah silent sound...hehehe....). Alhamdulillah, sehingga kini...suami sihat....pegi keja pun dah larat sgt. Badan yg herot & senget ke kanan  pun dah kembali seperti  sedia kala. Ketika kami travel ambik anak2 di asrama pun doktor dah x pakaikan bengkung. Syukur sangat2 ke hadrat kurniaan Allah yg memberikan nikmat kesihatan.

Terima kasih yg tidk terhingga kepada rakan DSM Dg. Saniah Ag.Damit yg memperkenalkan saya dgn BVSM. Sekarang adik beradik saya pun guna BVSM. Testimoni drp mereka akan saya kongsi nanti.

Inilah wajah kesayangan hamba....hehehe...dia dgn DSLR mmg x blh dipisah...klu dia sihat, berjam-jam menghadap komputer, mengedit gambar. Apabila dia sakit...jangankan DSLR, diri sendiri pun x terbawa. Luv u lalingsss....


Next post, saya kongsi pula pengalaman memakai PBE+ BE.
hubungi saya 013 868 8621
https://www.facebook.com/yati.roza

Perginya Seorang Teman 2



Mengenalinya selama 16 tahun
Mencatat beribu kenangan
Mewarna pelangi ceria
Melakar ukiran wajah pesona
Seorang guru bernama Abdul Gaffar Abdulla

Mengenalinya selama 16 tahun
Komited yang terpamir
Kesungguhan yang terluah
Mengiringi perjuangan
seorang guru muda

Mengenalinya selama 16 tahun
Disenangi rakan sekerja
Pencetus keceriaan
Cemerlang dalam setiap tindakan

Hari ini
Selepas 16 tahun mengenalinya
Dia pergi buat selamanya
Meninggalkan kami meneruskan perjuangan
Di Sk.Pinggan-Pinggan

Al-Fatihah buat
Allahyarham cikgu Abdul Gaffar Abdulla
1972-2015

10 orang terkaya





Dua lagi tokoh korporat Melayu tersenarai dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun ini.

Mereka ialah Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Datuk Mokhzani Mahathir yang berada di tangga kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion dan pemilik Arab-Malaysia Corp, Tan Sri Azman Hashim di tempat ke-10 dengan aset RM4.11 bilion.

 Kali pertama kedua-dua mereka tersenarai dalam kedudukan 10 terkaya.



Pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut kekal dalam senarai 10 terkaya, tetapi jatuh satu tangga berbanding kedudukan kelima tahun lalu.

Kekayaan Syed Mokhtar meningkat RM4.43 bilion, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari 2014.

Shahril, Shahriman antara 20 terkaya

Dua lagi usahawan Melayu dalam kedudukan 20 terkaya ialah Presiden dan Ketua Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin.
Tan Sri Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal individu paling kaya, diikuti ahli perniagaan, T Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.

Menurut majalah itu, gabungan aset 40 individu paling kaya di Malaysia adalah RM217.82 bilion pada 18 Januari 2014, meningkat 11.73 peratus berbanding tahun lalu.

Kali pertama majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan aset mereka hanya RM41.7 bilion.

BERNAMA

Muhasabah diri dulu kejap...


Walaupun vokalis kumpulan ini telah menghadap ilahi....lagu2nya tetap menjadi wadah buat aku muhasabah diri....AL-Fatihah buat Aden Edcoustic.

 Lirik Muhasabah Cinta - Edcoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Back to Reff

Back to *

Repeat Reff 2x

SELAMAT TAHUN BARU....hehehe...masih mood tahun baru ye? Hari ini hari yang ke 5 sesi persekolahan bermula. Jadual kelas pemulihan khas dah di tampal di kelas yang terlibat. Tahun ni ada tambahan 1 kelas yang terlibat dengan pemulihan. So, memang ada kelas yang terkurang peruntukan waktu pemulihan. Nak buat macam mana kan? Dah tak boleh belah badan ni untuk memenuhi keseluruhan 18 kelas yang ada.Sorry bebanyak....

Sedih juga apabila sorang rakan guru khas pemulihan minta pindah. No komen la pasal tu....yang penting aku kena move on dalam kerjaya ini.

Minggu ke-2 tahun baru...nampaknya aku masih meneruskan hobi membaca novel di masa lapang. Dalam kesibukan mengatur jadual sendiri, mengusai fail-fail peribadi murid, mereka RPH memang lelah la nampaknya sindrom awal tahun persekolahan. Balik rumah dah ada tukang masak. Anak sulung yang menunggu result SPM dah boleh meyediakan menu tengah hari.

Setakat ini, kerja-kerja mengedit gambar belum ada kesempatan. Ada kelapangan nak try buat 'tracing' ....hehehehe....nak try buat muka macam ilustrasi kartun jepun.....boleh ke? Apa pun kena cuba juga la kan? Kita tunggu hasilnya nanti....


SELAMAT TAHUN BARU 2014


Hatiku  membuka pintu,
Melangkah  rasa rindu,
Padamu aku menuju,
Selamat Tahun Baru.

 Amboi...dah berpantun pula dah.....

 Selamat Tahun Baru 2014 kepada seluruh kaum keluarga dan sahabat blogger dan sahabat di facebook. Semoga tahun 2014 akan memberi lebih keberkatan kepada kita semua. Apa pun yang bakal berlaku pada tahun ini kita tempuhi dengan penuh rasa tawaduk dan belajarlah redha dengan segala ujian. Kita sebagai makhluk yang beriman seharusnya mensyukuri segala nikmat yang kita perolehi selama kita hidup. Dengan redha, kita akan sentiasa menghargai nikmat yang ada. Siapalah kita untuk mengintai takdir. Semua yang telah ditetapkan ada sebab tertentu dan kita hanya perlu berdoa agar kita ada kekuatan untuk menerima ketentuan ilahi. In Sha Allah....

Sempena tahun baru ini, aku bersyukur atas segala yang dikurniakanNya kepadaku. Bersyukur kerana keluarga sentiasa berada di sisiku....sentiasa bersabar dengan karenahku. Suami, anak-anak, papa, mama, adik-beradik serta ipar-ipar dan nenek....terima kasih atas segalanya. Luv u all.....muahhhh

Penghargaan juga kepada rakan-rakan sekerja terutama kepada pentadbir yang sentiasa memberi kepercayaan kepada ku untuk memberi komitmen yang terbaik dalam kerjaya ku. Pada tahun baru ini, aku mohon untuk diberi segala suntikan semangat dan motivasi untuk terus berkhidmat sedaya yang aku mampu...tanpa sokongan kalian siapalah aku.....In Sha Allah....

Rakan-rakan blogger...sorry bebanyak....lama sangat menyepi di sini. Rakan rakan fb.....sayang anda semua....

Happy New Year 2014.

Design by Blogger Templates | Gorgeous Beaches of Goa