Selamat Tahun Baru 2011





Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua kaum keluarga dan sahabat handai di mana jua anda berada semoga tahun baru ini akan memberi semangat baru untuk terus mengharungi kehidupan mendatang. Saya juga mendoakan agar kita sentiasa mendapat keberkatan Allah S.W.T.Amin.


Merry Christmas 2010

Merry Christmas kepada semua kaum keluarga, sahabat handai, rakan2 blogger di seluruh pelusuk Malaysia semoga bergembira selalu.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2010

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dan selamat mengerjakan ibadah korban kepada seluruh keluarga, sahabat handai dan para blogger.

Special Donut



Apabila berpeluang berkunjung di pusat membeli-belah Suria Sabah, perkara pertama yang terlintas difikiran ialah mengunjungi kedai donut. Terdapat pelbagai perisa donut yang ada di kedai Big Apple Donuts & Coffee. Gambar di atas adalah sebahagian sahaja yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Lain kali perisa lain pula..

My New House


Apartment yang saya beli pada tahun 2008 sudah siap. Lokasinya di Universiti Condo Apartment Jalan Sulaman Kota Kinabalu.





Ruang tamu


Bilik utama


Anak-anak bersantai


Pandangan dari pejabat MC.

Perkahwinan Sheikh Muszaphar dan Dr Halina




Ramai yang menanti tarikh 10.10.2010 untuk menyaksikan pernikahan angkasawan negara yang pertama. Ini adalah sebahagian gambar pernikahan mereka. Tahniah dan semoga perkahwinan ini bahagia hingga ke akhir hayat.

Strawberry


Semasa membeli -belah di Giant Karamunsing, saya terjumpa kedai menjual buah-buahan bersebelah Giant. Dalam banyak-banyak buah, buah inilah yang menarik perhatian saya sebab agak besar sedikit berbanding strawberry saya pernah beli di Kundasang Ranau. Menurut penjual itu, strawberry ini diimport dari US, sebab tu saiznya agak besar. Aleeya memang suka sangat makan buah ni.

Design by Blogger Templates | Gorgeous Beaches of Goa