Happy New Year 2010

Happy New Year 2010 kepada semua pengunjung blog saya semoga kita semua memperoleh keberkatan sepanjang tahun ini.Insyaallah..

Main Hujan

Dua jejaka di rumah kami ni seronok cuci kereta sambil main hujan...lama dah kereta ni tak dicuci...
hehe...anak teruna sorang ni kena ulun cuci kereta mama dia ...

Cuti-Cuti Malaysia : Beluran

Semasa balik dari Sandakan kami singgah di pekan Beluran. Dari jalan utama Kota Kinabalu - Sandakan, perjalanan sejauh 29 km kami lalui untuk ke pekan Beluran.
Akhirnya kami jumpa replika udang galah di tengah pekan Beluran. Pekan Beluran memang terkenal dengan udang galah.


harga udang di sini memang murah....
Kami sempat melihat pasar dan jeti di sini....

Cuti-Cuti Malaysia : Bandar Sandakan

Cuti-Cuti Malaysia kali ini kami ke pantai timur Sabah iaitu Sandakan.

rehat selepas 2 jam setengah perjalanan...
menginap di sini...
pemandangan waktu petang tepi laut di bandar Sandakan...
makan-makan di tepi laut..

inilah pemandangan sekitar Jalan Leila di bandar Sandakan pada waktu malam

Cuti-Cuti Malaysia : Sepilok

Cuti-cuti Malaysia kali ini kami sekeluarga pergi ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. Sepilok terletak lebih kurang 30 km sebelum bandar Sandakan.
laluan pelancong untuk melihat orang utan...
orang utan di sini dah biasa diperhati, sebab tu pandai beraksi..

jam 3 petang masa untuk menikmati susu dan pisang....

Durian Belanda Halau Tikus

Durian Belanda dikatakan boleh menghalau tikus dari kediaman anda. Caranya ambil dahan yang kecil bersama daunnya sekali dan letak di tempat persembunyian tikus. Insyaallah tikus akan lari dari rumah anda.

SERAIWANGI?

Seraiwangi sejenis tumbuhan herba yang sering ditanam di halaman rumah untuk pelbagai kegunaan. Dikatakan bahawa mandi dengan air rebusan seraiwangi boleh melegakan sengal-sengal badan dan menghilangkan angin dalam badan terutama wanita selepas bersalin. Itu yang saya dengar dari kawan-kawan. Tapi yang sebenarnya memang ada produk yang dihasilkan daripada pati seraiwangi ni.

Nama saintifiknya ialah Cymbopogon nardus atau nama lainnya citronella.
Berikut ialah salah satu produk pati seraiwangi. Nak tahu lebih lanjut , sila ke http://www.seraiwangi.com.my/

Anda juga boleh ke blog berikut untuk produk pati seraiwangi yang lain.
http://sutraaromatherapy.blogspot.com/2009/07/serai-wangi-cymbopogon-nardus.html

Design by Blogger Templates | Gorgeous Beaches of Goa