Salam Aidil Adha

Selamat menyambut HAri Raya Haji kepada semua kaum keluarga, sahabat hadai dan seluruh umat Islam di Malaysia.
Get Free Eid Greeting Card
Posted at Khamis, November 26, 2009 | | 0 Comments
Cuti
20.11.2009
Yeahhh...cuti sekolah sudah tiba. Bermakna aku tidak perlu bangun tergesa-gesa untuk mengejutkan anak-anak yang sememangnya liat bangun pagi.
Apapun masih ada kerja yang belum dilunaskan. Boleh diatur di rumah.
Selepas 9 hb Disember 2009 baru boleh lapangkan fikiran. Nak exam ni..
Selamat bercuti....
Posted at Jumaat, November 20, 2009 | | 0 Comments
Kem Malangang Kiulu
1 November 2009 .....jambatan Tamparuli...
seronoknya....
mandi sesi kedua...nda pandai puas dorang ni..
yahuuu....
lapar selepas mandi sesi pertama...
kaum ibu bersantai...
rakan sekerja..Rakan yang ada baby pun ikut berkelah...
baa bila mau ke sana lagi?
Posted at Isnin, November 02, 2009 | | 0 Comments
Sekolah Satu Aliran
Saya tertarik dengan idea Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkaitan dengan sekolah satu aliran. Apa yang berlaku pada masa kini seperti tuntutan-tuntutan hak oleh kaum tertentu, mempertikai perlembagaan dan kedaulatan raja-raja Melayu, saya sangat bersetuju dengan idea sekolah satu aliran.
Setelah sekian lama kewujudan sekolah pelbagai aliran terutama sekolah menengah, kini kita nampak implikasinya terhadap negara seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat majmuk.
Kita renung sejenak matlamat Pembinaan Negara Bangsa iaitu perpaduan kaum. Nampaknya kewujudan Sekolah Wawasan belum memadai untuk tujuan perpaduan.
Sistem pendidikan sekarang yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ternyata tidak membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.
Hasil pengamatan dan kajian yang dibuat telah mendapati sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan.
Posted at Khamis, Oktober 29, 2009 | | 0 Comments
Wajah siapa?
Wajah siapakah yang digambarkan oleh pelukis foto ini? Sampai kini ia menjadi misteri. Lukisan ini sudah menjadi koleksi aku sejak tahun 1993. Ia dinukilankan oleh orang tersayang dengan menggunakan pen mata bulat.Pelukisnya sendiri sudah lupa pasal lukisan ini.Cantik kan?...
Posted at Isnin, Oktober 26, 2009 | | 1 Comments
Tahniah
Inilah foto yang sempat diambil selepas majlis APC 2008 peringkat Zon Utara Sabah yang berlangsung di SK.Pekan 2 Pitas pada 12 hb Oktober 2009.
Posted at Ahad, Oktober 25, 2009 | | 0 Comments





