10 orang terkaya
Dua lagi tokoh korporat Melayu tersenarai dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun ini.
Mereka ialah Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Datuk Mokhzani Mahathir yang berada di tangga kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion dan pemilik Arab-Malaysia Corp, Tan Sri Azman Hashim di tempat ke-10 dengan aset RM4.11 bilion.
Kali pertama kedua-dua mereka tersenarai dalam kedudukan 10 terkaya.
Pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut kekal dalam senarai 10 terkaya, tetapi jatuh satu tangga berbanding kedudukan kelima tahun lalu.
Kekayaan Syed Mokhtar meningkat RM4.43 bilion, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari 2014.
Shahril, Shahriman antara 20 terkaya
Dua lagi usahawan Melayu dalam kedudukan 20 terkaya ialah Presiden dan Ketua Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin.
Tan Sri Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal individu paling kaya, diikuti ahli perniagaan, T Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.
Menurut majalah itu, gabungan aset 40 individu paling kaya di Malaysia adalah RM217.82 bilion pada 18 Januari 2014, meningkat 11.73 peratus berbanding tahun lalu.
Kali pertama majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan aset mereka hanya RM41.7 bilion.
BERNAMA
Posted at Khamis, Februari 20, 2014 | | 0 Comments
Muhasabah diri dulu kejap...
Lirik Muhasabah Cinta - Edcoustic
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Back to Reff
Back to *
Repeat Reff 2x
Posted at Jumaat, Februari 14, 2014 | | 0 Comments
SELAMAT TAHUN BARU....hehehe...masih mood tahun baru ye? Hari ini hari yang ke 5 sesi persekolahan bermula. Jadual kelas pemulihan khas dah di tampal di kelas yang terlibat. Tahun ni ada tambahan 1 kelas yang terlibat dengan pemulihan. So, memang ada kelas yang terkurang peruntukan waktu pemulihan. Nak buat macam mana kan? Dah tak boleh belah badan ni untuk memenuhi keseluruhan 18 kelas yang ada.Sorry bebanyak....
Sedih juga apabila sorang rakan guru khas pemulihan minta pindah. No komen la pasal tu....yang penting aku kena move on dalam kerjaya ini.
Minggu ke-2 tahun baru...nampaknya aku masih meneruskan hobi membaca novel di masa lapang. Dalam kesibukan mengatur jadual sendiri, mengusai fail-fail peribadi murid, mereka RPH memang lelah la nampaknya sindrom awal tahun persekolahan. Balik rumah dah ada tukang masak. Anak sulung yang menunggu result SPM dah boleh meyediakan menu tengah hari.
Setakat ini, kerja-kerja mengedit gambar belum ada kesempatan. Ada kelapangan nak try buat 'tracing' ....hehehehe....nak try buat muka macam ilustrasi kartun jepun.....boleh ke? Apa pun kena cuba juga la kan? Kita tunggu hasilnya nanti....
Posted at Selasa, Januari 07, 2014 | | 0 Comments
SELAMAT TAHUN BARU 2014
Hatiku membuka pintu,
Melangkah rasa rindu,
Padamu aku menuju,
Selamat Tahun Baru.
Amboi...dah berpantun pula dah.....
Selamat Tahun Baru 2014 kepada seluruh kaum keluarga dan sahabat blogger dan sahabat di facebook. Semoga tahun 2014 akan memberi lebih keberkatan kepada kita semua. Apa pun yang bakal berlaku pada tahun ini kita tempuhi dengan penuh rasa tawaduk dan belajarlah redha dengan segala ujian. Kita sebagai makhluk yang beriman seharusnya mensyukuri segala nikmat yang kita perolehi selama kita hidup. Dengan redha, kita akan sentiasa menghargai nikmat yang ada. Siapalah kita untuk mengintai takdir. Semua yang telah ditetapkan ada sebab tertentu dan kita hanya perlu berdoa agar kita ada kekuatan untuk menerima ketentuan ilahi. In Sha Allah....
Sempena tahun baru ini, aku bersyukur atas segala yang dikurniakanNya kepadaku. Bersyukur kerana keluarga sentiasa berada di sisiku....sentiasa bersabar dengan karenahku. Suami, anak-anak, papa, mama, adik-beradik serta ipar-ipar dan nenek....terima kasih atas segalanya. Luv u all.....muahhhh
Penghargaan juga kepada rakan-rakan sekerja terutama kepada pentadbir yang sentiasa memberi kepercayaan kepada ku untuk memberi komitmen yang terbaik dalam kerjaya ku. Pada tahun baru ini, aku mohon untuk diberi segala suntikan semangat dan motivasi untuk terus berkhidmat sedaya yang aku mampu...tanpa sokongan kalian siapalah aku.....In Sha Allah....
Rakan-rakan blogger...sorry bebanyak....lama sangat menyepi di sini. Rakan rakan fb.....sayang anda semua....
Happy New Year 2014.
Posted at Selasa, Disember 31, 2013 | | 0 Comments
Perjalanan ku sepanjang 2013
Sepanjang tahun 2013, tidak banyak perkara yang berlaku, seperti tahun-tahun yang lalu juga. Cuma beberapa detik bersejarah yang terasa nak dikongsi bersama. Selama bertahun, aku tidak berkesempatan mengisi blog ini pada menjelang tahun baru. Pada ketika itu, setiap kali tahun baru maka aku pun sibuk dengan semester baru. Setiap kali akhir tahun juga aku sibuk dengan exam. So, memang bersawang juga la blog ni tanpa sebarang catatan yang menarik.Actually, aku sibuk di facebook sepanjang 2013 hehehehe....tak percaya? Tanya rakan2 facebook aku la.....
Meniti 2013, aku menjalani kehidupan yang lebih lapang selepas menamatkan pengajian pada Disember 2012. Perkara pertama yang aku lakukan selepas tamat semester akhir ialah berjinak-jinak dengan membaca novel-novel tempatan. Hobi zaman remaja kembali menerjah minda. Jangan terkejut, sepanjang 2013 aku berjaya mengumpul sebanyak 102 novel. Agak-agak berapa novel aku beli dalam sebulan? Korang kira sendiri la ya...tak dapek den nak nolong....ngeh3
Ini adalah sebahagian novel yang menjadi koleksi aku.
Satu lagi hobi yang agak lama ter'pending' ialah tengok movie/ drama online. Dah bertahun aku tak melayan sebarang drama. Selama dalam kesibukan kuliah, exam & buat assignment, ada juga sesekali buat nakal tengok drama online. Sudahnya tak dapat fokus untuk exam. Maka kena insaf la kan? Dah lapang ni kena sambung balik hobi yang ter'pending'. Kenapa drama online jadi pilihan? Dekat rumah, memang sah-sah tak dapat tengok sebab terpaksa berebut chanel dengan anak. Makanya, aku tengok online ja. Nasib baik ada stremyx. Drama Melayu yang diadaptasi daripada novel seperti Adam & Hawa dan Sehangat Asmara, Setia Hujung Nyawa berjaya dihabiskan. Ada juga la beberapa drama lain yang menjadi santapan mata. Huhuhu...yang paling best tengok drama korea.....dah sapu habis drama lakonan Lee Min Ho.Hahahaha...sengal....
Detik paling bersejarah dalam tahun 2013 ini juga berlaku pada Jun 2013 (kira bersejarah juga la untuk aku yang belum pernah mengalami & dengan keadaan umur yang agak lewat untuk mengecapinya)aku berjaya mendapatkan segulung ijazah pada majlis konvokesyen ke -14 Open University Malaysia di PWTC. Nak tengok tak gambar konvo aku? Nah, aku share satu je tau....
Seronok ke dapat ijazah? Tanya la sesiapa pun, pasti seronok kan? Selepas melalui banyak kesukaran sepanjang hampir 4 tahun pengajian. Alhamdulillah berhasil juga. Rasa terharu sangat apabila mengenang beberapa insiden yang sukar diugkapkan dengan kata-kata.Walaupun result akhir taklah menjadi pelajar cemerlang tetapi aku merasa juga 3 kali mendapat anugerah sijil dekan. Nak ambik master? Tunggu la dulu....ada rezeki ada la tu kan?....ngeh3
Hobi lain? Tahun 2013 aku berjinak-jinak dengan gambar-menggambar ni.Tak tahu banyak sangat pasal benda ni, tapi mister hubby dah minat...kira tumpang minat juga la. Berbekalkan kamera Nikon D3200, bermula la sesi 'shooting'....klik sana...klik sini. Daripada hubby juga aku belajar sedikit edit gambar guna Photoshop CS5 & Photoshop CS6. Kadang-kadang belajar daripada blog orang lain juga. Huhhhh....belajar mengedit gambar ni perlu kesabaran yang bukan sedikit. Kadang-kadang rasa nak telan ja apabila komputer 'hang' or apabila tak tahu macam mana nak buat....
Cantik ke? Boleh la kan? Mister hubby dah ajar teknik lighting dia....cara guna ISO yang sesuai dengan cahaya yang ada & teknik editing guna photoshop. See U....sayang anda pedas-pedas....muahhhhhh
Posted at Selasa, Disember 31, 2013 | | 0 Comments
Lepaskan..... jika itu yang terbaik...
Untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik, kita perlu melepaskan sesuatu yang kurang baik. Jangan tamak....
Dalam istilah ekonomi ia disebut Kos Lepas. Kos lepas bermaksud barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barangan terbaik.
Kadangkala Allah mempertemukan
kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan
orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA
dan belajar daripadanya …
Posted at Selasa, November 19, 2013 | | 0 Comments



