Perkahwinan Sheikh Muszaphar dan Dr Halina




Ramai yang menanti tarikh 10.10.2010 untuk menyaksikan pernikahan angkasawan negara yang pertama. Ini adalah sebahagian gambar pernikahan mereka. Tahniah dan semoga perkahwinan ini bahagia hingga ke akhir hayat.

Strawberry


Semasa membeli -belah di Giant Karamunsing, saya terjumpa kedai menjual buah-buahan bersebelah Giant. Dalam banyak-banyak buah, buah inilah yang menarik perhatian saya sebab agak besar sedikit berbanding strawberry saya pernah beli di Kundasang Ranau. Menurut penjual itu, strawberry ini diimport dari US, sebab tu saiznya agak besar. Aleeya memang suka sangat makan buah ni.

Ketupat Daun Palas

First time makan ketupat daun palas dan tapai pulut. Orang yang buat ni ialah emak kepada kawan saya yang datang ke Sabah. Oleh sebab di sini susah nak cari daun palas, daun ini dia bawa khas dari Kelantan. Terima kasih kerana sudi buatkan makanan yang tak pernah saya makan.Sebelum ni saya pernah upload tapai ubi.Mak cik ni juga yang buat.Bila nak rasa lagi? Tak tau bila sebab kawan saya pun dah pindah balik Kelantan.Terima kasih atas segalanya.

Perginya Seorang Teman



diremang angin senja
tika seorang teman pergi belayar
meninggalkan jeti kenangan
menyusuri Teluk Marudu
membawa jiwa pelaut

malam kian larut
sang teman tak muncul di tempat dijanjikan
kami reash hingga ke dini pagi
sang teman membisu tanpa khabar
kami menanti dan menanti
namun khabar sedih menjelma jua
mengurai persoalan

teman...
akhirnya kau pergi jua
menghadap Penciptamu


teman...
jauh di sudut hati kami
sedih...pilu...
menghambat relung hati kami

teman..
jauh di sudut hati kami
rasa kehilangan yang tak terungkap
tangisan tersekat di dada

teman..
meski kerinduan ini mencecah ke bumi
kami pasrah dan redha

pergi mu teman..
tinggallah kami
menongkah arus kehidupan
melayari selautan kenangan bersamamu
wajahmu akan tetap dirindui
buat selamanya

buatmu teman
Alfatihah.

Nukilan rasa ini buat Allahyarham cikgu Awang Hamat Che Awang





Salam Aidilfitri 2010

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan blogger.Maaf Zahir Batin.

Salam Ramadhan Al-Mubarakh 2010

Selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua kaum keluarga dan sahabat handai semoga kita mendapat keberkatan pada bulan yang mulia ini.Amin.

Patung Bergaya

Gambar ni saya pinjam untuk dikongsi di sini....asal patung ini kononnya dari Tamu Sikuati,Kudat.

Design by Blogger Templates | Gorgeous Beaches of Goa