Happy New Year 2010
Happy New Year 2010 kepada semua pengunjung blog saya semoga kita semua memperoleh keberkatan sepanjang tahun ini.Insyaallah..
Posted at Khamis, Disember 31, 2009 | | 0 Comments
Main Hujan
Dua jejaka di rumah kami ni seronok cuci kereta sambil main hujan...lama dah kereta ni tak dicuci...
hehe...anak teruna sorang ni kena ulun cuci kereta mama dia ...
Posted at Rabu, Disember 30, 2009 | | 0 Comments
Cuti-Cuti Malaysia : Beluran
Semasa balik dari Sandakan kami singgah di pekan Beluran. Dari jalan utama Kota Kinabalu - Sandakan, perjalanan sejauh 29 km kami lalui untuk ke pekan Beluran.
Akhirnya kami jumpa replika udang galah di tengah pekan Beluran. Pekan Beluran memang terkenal dengan udang galah.
harga udang di sini memang murah....
Kami sempat melihat pasar dan jeti di sini....
Posted at Sabtu, Disember 26, 2009 | | 6 Comments
Cuti-Cuti Malaysia : Bandar Sandakan
Cuti-Cuti Malaysia kali ini kami ke pantai timur Sabah iaitu Sandakan.
rehat selepas 2 jam setengah perjalanan...
menginap di sini...
pemandangan waktu petang tepi laut di bandar Sandakan...
makan-makan di tepi laut..
inilah pemandangan sekitar Jalan Leila di bandar Sandakan pada waktu malam
Posted at Sabtu, Disember 26, 2009 | | 2 Comments
Cuti-Cuti Malaysia : Sepilok
Cuti-cuti Malaysia kali ini kami sekeluarga pergi ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. Sepilok terletak lebih kurang 30 km sebelum bandar Sandakan.
laluan pelancong untuk melihat orang utan...
orang utan di sini dah biasa diperhati, sebab tu pandai beraksi..
jam 3 petang masa untuk menikmati susu dan pisang....
Posted at Sabtu, Disember 26, 2009 | | 6 Comments
Durian Belanda Halau Tikus
Durian Belanda dikatakan boleh menghalau tikus dari kediaman anda. Caranya ambil dahan yang kecil bersama daunnya sekali dan letak di tempat persembunyian tikus. Insyaallah tikus akan lari dari rumah anda.
Posted at Selasa, Disember 22, 2009 | | 0 Comments
SERAIWANGI?
Seraiwangi sejenis tumbuhan herba yang sering ditanam di halaman rumah untuk pelbagai kegunaan. Dikatakan bahawa mandi dengan air rebusan seraiwangi boleh melegakan sengal-sengal badan dan menghilangkan angin dalam badan terutama wanita selepas bersalin. Itu yang saya dengar dari kawan-kawan. Tapi yang sebenarnya memang ada produk yang dihasilkan daripada pati seraiwangi ni.
Nama saintifiknya ialah Cymbopogon nardus atau nama lainnya citronella.
Berikut ialah salah satu produk pati seraiwangi. Nak tahu lebih lanjut , sila ke http://www.seraiwangi.com.my/Anda juga boleh ke blog berikut untuk produk pati seraiwangi yang lain.
http://sutraaromatherapy.blogspot.com/2009/07/serai-wangi-cymbopogon-nardus.html
Posted at Isnin, Disember 21, 2009 | | 0 Comments
Salam Maal Hijrah 1431
Selamat menyambut Maal Hijrah 1431 kepada semua kaum keluarga , rakan-rakan dan seluruh masyarakat Malaysia.
Posted at Khamis, Disember 17, 2009 | | 3 Comments
Rezeki Aku...
Semasa sedang menyuap anak bungsu depan tv tiba-tiba si kecil nampak sesuatu atas lantai.
"Mak...mak...apa tu?" sambil telunjuknya menunjuk ke arah lantai.
Mula-mula sukar mempastikan apa yang ditunjuknya. Dahlah malam, benda tu kecil sangat.
Teropong punya teropong.....alamak kecilnya dia...apa lagi terus rakam aksi tetamu kecil itu...nahhh ni dia...
"Jangan kacau, lapar sangat ni"..."Bah , apa kau rasa?"....
Lucunya, saiznya sama dengan sebutir nasi. Nak tunggu dia habis makan memang tak pandai siap.
Alhamdulillah...dapat juga menumpang rezeki...
Posted at Khamis, Disember 10, 2009 | | 0 Comments
Tornado Esplanade Kudat
2 May 2006....inilah tempat yang menjadi kegemaran anak-anak untuk berkunjung apabila balik ke Kudat. Lokasinya betul-betul di bandar Kudat..bukan di pinggir bandar.
Di sini kita boleh melihat kapal-kapal nelayan berlabuh di pelabuhan Kudat. Restoran tepi laut pun ada. Hemmm...memang best tempat ni...
Nak jadikan cerita...cengg..cengg...cengggggg...
Pada tarikh berkenaan saya telah meninggalkan bandar Kudat lebih kurang jam 1.oo tengah hari selepas menamatkan sesi kursus selama 2 minggu. So, lebih kurang hampir jam 6 petang itulah fenomena seperti dalam foto berikut telah berlaku.
Menurut cerita dari keluarga saya, orang ramai bukan menyelamatkan diri setelah melihat fenomena berkenaan tetapi berpusu-pusu ke esplanade untuk melihatnya. Ish...ish...ish...mengundang padah. Tapi benda tu kan tak pernah berlaku. So, orang pun nak tengok juga. Ia berlaku di tengah laut Teluk Marudu.
Tarikh berlakunya fenomena TORNADO ini anda boleh lihat sendiri pada foto berikut...foto ini saya beli dari kedai gambar di bandar Kudat.
Amacam caya tak?...
Posted at Sabtu, Disember 05, 2009 | | 4 Comments