NILAI SEBUAH KESIHATAN TERLALU TINGGI HARGANYA
Setuju dgn sya?Kita geng....
FAKTA PERUBATAN SAYA:
Sya allergic dgn:
* Panadol/Paracitamol (bengkak seluruh badan)
* bbrp jenis antibiotik (sesak nafas & muntah2)
So, apabila sakit, sya adalah SUPERWOMEN (perasan la tu) sbb sya guna seluruh energy utk menahan & melawan kesakitan.
Apabila umur meningkat, medan tenaga kita semakin mengecil. Energy tubuh kita melawan kesakitan tidak sekuat energy kita menahan sakit ketika masih usia muda.
Sya mengalami sakit belakang sejak bbrp thun lalu tetapi semakin kerap sakit sejak awal thun 2015. Sejak 2009, sya sibuk menyiapkan assignment. Duduk bbrp jam di atas kusyen & menghadap komputer di atas meja kopi sambil menyiapkan assignment menyebabkan kesakitan di belakang. Keadaan begitu berlaku selama bbrp tahun sehingga sya habis study pd Disember 2012. Begitu juga dengan suami (baca post sya sebelum ini).
Sya juga kerap berdebar ketika terjaga dari tidur. Selepas terjaga, sya juga sukar untuk melelapkan mata (menyambung tidur).
Sakit kepala waktu tengahari terutama ketika cuaca panas adalah perkara biasa yg sya alami.
Sya membeli BVSM pd Januari 2015 apabila kondisi suami yg sangat membimbangkan pd ketika itu. Kesan pertama yg kmi alami ialah kmi tdur dgn nyenyak sekali. Bangun pagi dgn rasa segar. Rasa puas tidur. Rasa dah dpt top up energy utk pergi kerja. Memang luar biasa kesan BVSM ini.
Hanya sapuan BIO EVER sebelum memakai PBE amat membantu sya bertahan ketika waktu bekerja. Di rumah, sya hanya perlu baring atas hamparan BVSM utk melegakan lenguh tulang belakang & pinggang.
Syukur Alhandulillah kerana sya menemui penawar kpd sakit yg sya alami. Penghargaan kpd DSM Dg.Saniah Ag Damit yg memperkenalkan produk 5* ini.
BIO EVER
Posted at Isnin, Jun 01, 2015 | | 0 Comments
BIO VELOCITY SLEEP MATE....AMAZING EXPERIENCE
Saya sebenarnya sukar berkongsi kisah kehidupan peribadi kpd org lain...apatah lagi yg melibatkan keadaan kesihatan kami sekeluarga. Namun apabila saya membeli BVSM utk suami yg ketika itu sakit belakang & pinggang & kesannya sangat menakjubkan....maka saya terfikir kenapa saya perlu merahsiakan pengalaman yg hebat ini.
Sebenarnya, saya tak reti sgt cite kronologi kpd sakit yg suami alami. Suami mula sibuk dgn assignment pd 2008. Duduk atas kusyen,menghadap komputer riba atas meja kopi selama bbrp jam sehari...selama bbrp tahun...mungkin salah satu punca kesakitan itu berlaku. Tiba-tiba pd Disember 2011 suami sakit belakang & sukar utk berdiri . Pada ketika tu kami sedang exam & paper utk hari tu bermula pukul 10 pagi. Dgn kesukaran yg amat, suami pegi juga exam tu. Hanya Tuhan saja yg tahu azabnya dia turun naik kereta. Sakit itu beransur hilang selepas bbrp minggu.
Bermula Januari 2014, kami suami isteri selalu travel utk hantar & ambil anak di asrama. Perjalanan 6 jam sehala & 12 jam pergi balik...mmg letih. Setiap kali ada cuti , kami kena hantar & ambil anak. Ogos 2014 (hari raya ke 4), sakit itu menyerang kembali dgn lebih teruk.Nak bangkit duduk dri baring pun memakan masa hampir 15 minit. Saya & anak sulung bawa suami ke klinik & doktor beri suntikan. Selepas 2 jam diberi suntiikan...suami dah boleh bangun. Tetapi keadaan sakit berlarutan selama bbrp bulan selepas itu. Walaupun suami tetap pergi kerja seperti biasa tetapi segala pergerakan sangat terbatas.
Januari 2015, ( yg ni klu sya ingat...mmg x sanggup cite...sebak sgt) saya mula nampak perubahan badan suami yang senget ke kanan & badannya herot ketika berjalan.Nak solat terpaksa duduk atas kerusi. Ketika sedang berfikir ikhtihar seterusnya (sbb suami x nak pergi ke hospital)....dgn izin Allah tiba2 saya teringat ttg BVSM yang pernah diceritakan oleh DSM Dg. Saniah Ag.Damit bbrp thun yg lalu (Nov or Dis 2013 klu x silap)
Kerana keadaan yg mendesak pd ketika itu saya order BVSM & transfer payment. Suami guna sebagai selimut. Feed back dia yg pertama....sejuk dipakai....x panas....tidur yg sgt nyenyak. Siang hari pun suami guna sbg selimut. Dua hari selepas menggunakan BVSM, muka suami dah mula cerah...dah x pucat. Dua minggu selepas itu, badan suami dah x herot & badan senget tu dah x ketara sgt. Malah ketika cuti raya cina, dia boleh memotong rumput (menggunakan mesin) di halaman rumah (rutin setiap kali cuti sekolah). Minggu ke 2 April, ketika itu ada aktiviti ko-kurikulum sekolah....dia join team bola tampar (hanya beberapa minit sbb sya dah silent sound...hehehe....). Alhamdulillah, sehingga kini...suami sihat....pegi keja pun dah larat sgt. Badan yg herot & senget ke kanan pun dah kembali seperti sedia kala. Ketika kami travel ambik anak2 di asrama pun doktor dah x pakaikan bengkung. Syukur sangat2 ke hadrat kurniaan Allah yg memberikan nikmat kesihatan.
Terima kasih yg tidk terhingga kepada rakan DSM Dg. Saniah Ag.Damit yg memperkenalkan saya dgn BVSM. Sekarang adik beradik saya pun guna BVSM. Testimoni drp mereka akan saya kongsi nanti.
Inilah wajah kesayangan hamba....hehehe...dia dgn DSLR mmg x blh dipisah...klu dia sihat, berjam-jam menghadap komputer, mengedit gambar. Apabila dia sakit...jangankan DSLR, diri sendiri pun x terbawa. Luv u lalingsss....
Next post, saya kongsi pula pengalaman memakai PBE+ BE.
hubungi saya 013 868 8621
https://www.facebook.com/yati.roza
Posted at Selasa, Mei 19, 2015 | | 0 Comments
Perginya Seorang Teman 2
Posted at Sabtu, April 25, 2015 | | 0 Comments
10 orang terkaya
Dua lagi tokoh korporat Melayu tersenarai dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun ini.
Mereka ialah Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Datuk Mokhzani Mahathir yang berada di tangga kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion dan pemilik Arab-Malaysia Corp, Tan Sri Azman Hashim di tempat ke-10 dengan aset RM4.11 bilion.
Kali pertama kedua-dua mereka tersenarai dalam kedudukan 10 terkaya.
Pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut kekal dalam senarai 10 terkaya, tetapi jatuh satu tangga berbanding kedudukan kelima tahun lalu.
Kekayaan Syed Mokhtar meningkat RM4.43 bilion, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari 2014.
Shahril, Shahriman antara 20 terkaya
Dua lagi usahawan Melayu dalam kedudukan 20 terkaya ialah Presiden dan Ketua Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin.
Tan Sri Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal individu paling kaya, diikuti ahli perniagaan, T Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.
Menurut majalah itu, gabungan aset 40 individu paling kaya di Malaysia adalah RM217.82 bilion pada 18 Januari 2014, meningkat 11.73 peratus berbanding tahun lalu.
Kali pertama majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan aset mereka hanya RM41.7 bilion.
BERNAMA
Posted at Khamis, Februari 20, 2014 | | 0 Comments
Muhasabah diri dulu kejap...
Lirik Muhasabah Cinta - Edcoustic
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Back to Reff
Back to *
Repeat Reff 2x
Posted at Jumaat, Februari 14, 2014 | | 0 Comments
SELAMAT TAHUN BARU....hehehe...masih mood tahun baru ye? Hari ini hari yang ke 5 sesi persekolahan bermula. Jadual kelas pemulihan khas dah di tampal di kelas yang terlibat. Tahun ni ada tambahan 1 kelas yang terlibat dengan pemulihan. So, memang ada kelas yang terkurang peruntukan waktu pemulihan. Nak buat macam mana kan? Dah tak boleh belah badan ni untuk memenuhi keseluruhan 18 kelas yang ada.Sorry bebanyak....
Sedih juga apabila sorang rakan guru khas pemulihan minta pindah. No komen la pasal tu....yang penting aku kena move on dalam kerjaya ini.
Minggu ke-2 tahun baru...nampaknya aku masih meneruskan hobi membaca novel di masa lapang. Dalam kesibukan mengatur jadual sendiri, mengusai fail-fail peribadi murid, mereka RPH memang lelah la nampaknya sindrom awal tahun persekolahan. Balik rumah dah ada tukang masak. Anak sulung yang menunggu result SPM dah boleh meyediakan menu tengah hari.
Setakat ini, kerja-kerja mengedit gambar belum ada kesempatan. Ada kelapangan nak try buat 'tracing' ....hehehehe....nak try buat muka macam ilustrasi kartun jepun.....boleh ke? Apa pun kena cuba juga la kan? Kita tunggu hasilnya nanti....
Posted at Selasa, Januari 07, 2014 | | 0 Comments