Perginya Seorang Teman 2



Mengenalinya selama 16 tahun
Mencatat beribu kenangan
Mewarna pelangi ceria
Melakar ukiran wajah pesona
Seorang guru bernama Abdul Gaffar Abdulla

Mengenalinya selama 16 tahun
Komited yang terpamir
Kesungguhan yang terluah
Mengiringi perjuangan
seorang guru muda

Mengenalinya selama 16 tahun
Disenangi rakan sekerja
Pencetus keceriaan
Cemerlang dalam setiap tindakan

Hari ini
Selepas 16 tahun mengenalinya
Dia pergi buat selamanya
Meninggalkan kami meneruskan perjuangan
Di Sk.Pinggan-Pinggan

Al-Fatihah buat
Allahyarham cikgu Abdul Gaffar Abdulla
1972-2015

Design by Blogger Templates | Gorgeous Beaches of Goa