SELAMAT TAHUN BARU 2014


Hatiku  membuka pintu,
Melangkah  rasa rindu,
Padamu aku menuju,
Selamat Tahun Baru.

 Amboi...dah berpantun pula dah.....

 Selamat Tahun Baru 2014 kepada seluruh kaum keluarga dan sahabat blogger dan sahabat di facebook. Semoga tahun 2014 akan memberi lebih keberkatan kepada kita semua. Apa pun yang bakal berlaku pada tahun ini kita tempuhi dengan penuh rasa tawaduk dan belajarlah redha dengan segala ujian. Kita sebagai makhluk yang beriman seharusnya mensyukuri segala nikmat yang kita perolehi selama kita hidup. Dengan redha, kita akan sentiasa menghargai nikmat yang ada. Siapalah kita untuk mengintai takdir. Semua yang telah ditetapkan ada sebab tertentu dan kita hanya perlu berdoa agar kita ada kekuatan untuk menerima ketentuan ilahi. In Sha Allah....

Sempena tahun baru ini, aku bersyukur atas segala yang dikurniakanNya kepadaku. Bersyukur kerana keluarga sentiasa berada di sisiku....sentiasa bersabar dengan karenahku. Suami, anak-anak, papa, mama, adik-beradik serta ipar-ipar dan nenek....terima kasih atas segalanya. Luv u all.....muahhhh

Penghargaan juga kepada rakan-rakan sekerja terutama kepada pentadbir yang sentiasa memberi kepercayaan kepada ku untuk memberi komitmen yang terbaik dalam kerjaya ku. Pada tahun baru ini, aku mohon untuk diberi segala suntikan semangat dan motivasi untuk terus berkhidmat sedaya yang aku mampu...tanpa sokongan kalian siapalah aku.....In Sha Allah....

Rakan-rakan blogger...sorry bebanyak....lama sangat menyepi di sini. Rakan rakan fb.....sayang anda semua....

Happy New Year 2014.

Perjalanan ku sepanjang 2013

Sepanjang tahun 2013, tidak banyak perkara yang berlaku, seperti tahun-tahun yang lalu juga. Cuma beberapa detik bersejarah yang terasa nak dikongsi bersama. Selama bertahun, aku tidak berkesempatan mengisi blog ini pada menjelang tahun baru. Pada ketika itu, setiap kali tahun baru maka aku pun sibuk dengan semester baru. Setiap kali akhir tahun juga aku sibuk dengan exam. So, memang bersawang juga la blog ni tanpa sebarang catatan yang menarik.Actually, aku sibuk di facebook sepanjang 2013 hehehehe....tak percaya? Tanya rakan2 facebook aku la.....
Meniti 2013, aku menjalani kehidupan yang lebih lapang selepas menamatkan pengajian pada Disember 2012. Perkara pertama yang aku lakukan selepas tamat semester akhir ialah berjinak-jinak dengan membaca novel-novel tempatan. Hobi zaman remaja kembali menerjah minda. Jangan terkejut, sepanjang 2013 aku berjaya mengumpul sebanyak 102 novel. Agak-agak berapa novel aku beli dalam sebulan? Korang kira sendiri la ya...tak dapek den nak nolong....ngeh3

Ini adalah sebahagian novel yang menjadi koleksi aku.
Satu lagi hobi yang agak lama ter'pending' ialah tengok movie/ drama online. Dah bertahun aku tak melayan sebarang drama. Selama dalam kesibukan kuliah, exam & buat assignment, ada juga sesekali buat nakal tengok drama online. Sudahnya tak dapat fokus untuk exam. Maka kena insaf la kan? Dah lapang ni kena sambung balik hobi yang ter'pending'. Kenapa drama online jadi pilihan? Dekat  rumah, memang sah-sah tak dapat tengok sebab terpaksa berebut chanel dengan anak. Makanya, aku tengok online ja. Nasib baik ada stremyx. Drama Melayu yang diadaptasi daripada novel seperti Adam & Hawa dan Sehangat Asmara, Setia Hujung Nyawa berjaya dihabiskan. Ada juga la beberapa drama lain yang menjadi santapan mata. Huhuhu...yang paling best tengok drama korea.....dah sapu habis drama lakonan Lee Min Ho.Hahahaha...sengal....
Detik paling bersejarah dalam tahun 2013 ini juga berlaku pada Jun 2013 (kira bersejarah juga la untuk aku yang belum pernah mengalami & dengan keadaan umur yang agak lewat untuk mengecapinya)aku berjaya mendapatkan segulung ijazah pada majlis konvokesyen ke -14 Open University Malaysia di PWTC. Nak tengok tak gambar konvo aku? Nah, aku share satu je tau....

Seronok ke dapat ijazah? Tanya la sesiapa pun, pasti seronok kan? Selepas melalui banyak kesukaran sepanjang hampir 4 tahun pengajian. Alhamdulillah berhasil juga. Rasa terharu sangat apabila mengenang beberapa insiden yang sukar diugkapkan dengan kata-kata.Walaupun result akhir taklah menjadi pelajar cemerlang tetapi aku merasa juga 3 kali mendapat anugerah sijil dekan. Nak ambik master? Tunggu la dulu....ada rezeki ada la tu kan?....ngeh3
Hobi lain? Tahun 2013 aku berjinak-jinak dengan gambar-menggambar ni.Tak tahu banyak sangat pasal benda ni, tapi mister hubby dah minat...kira tumpang minat juga la. Berbekalkan kamera Nikon D3200, bermula la sesi 'shooting'....klik sana...klik sini. Daripada hubby juga aku belajar sedikit edit gambar guna Photoshop CS5 & Photoshop CS6. Kadang-kadang belajar daripada blog orang lain juga. Huhhhh....belajar mengedit gambar ni perlu kesabaran yang bukan sedikit. Kadang-kadang rasa nak telan ja apabila komputer 'hang' or apabila tak tahu macam mana nak buat....

Cantik ke? Boleh la kan? Mister hubby dah ajar teknik lighting dia....cara guna ISO yang sesuai dengan cahaya yang ada & teknik editing guna photoshop. See U....sayang anda pedas-pedas....muahhhhhh

Design by Blogger Templates | Gorgeous Beaches of Goa