Tornado Esplanade Kudat

2 May 2006....inilah tempat yang menjadi kegemaran anak-anak untuk berkunjung apabila balik ke Kudat. Lokasinya betul-betul di bandar Kudat..bukan di pinggir bandar.
Di sini kita boleh melihat kapal-kapal nelayan berlabuh di pelabuhan Kudat. Restoran tepi laut pun ada. Hemmm...memang best tempat ni...
Nak jadikan cerita...cengg..cengg...cengggggg...
Pada tarikh berkenaan saya telah meninggalkan bandar Kudat lebih kurang jam 1.oo tengah hari selepas menamatkan sesi kursus selama 2 minggu. So, lebih kurang hampir jam 6 petang itulah fenomena seperti dalam foto berikut telah berlaku.
Menurut cerita dari keluarga saya, orang ramai bukan menyelamatkan diri setelah melihat fenomena berkenaan tetapi berpusu-pusu ke esplanade untuk melihatnya. Ish...ish...ish...mengundang padah. Tapi benda tu kan tak pernah berlaku. So, orang pun nak tengok juga. Ia berlaku di tengah laut Teluk Marudu.
Tarikh berlakunya fenomena TORNADO ini anda boleh lihat sendiri pada foto berikut...foto ini saya beli dari kedai gambar di bandar Kudat.
Amacam caya tak?...

4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Tati, setiap tahun 2 atau 3 kali saya ke KK sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi tak pernah sampai Kudat. Hanya dengar cerita je. Sekarang sudah ada kawan di Kudat (Yati)mudahlah nanti bertandang ke Kudat.

911 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
yatiroza berkata...

Mybahah...boleh di atur bah..

IxoR@ berkata...

bahaya tu....mmg ada rasa nak tgk tp bukankah mengundang bahaya.

Design by Blogger Templates | Gorgeous Beaches of Goa