Sekolah Satu Aliran
Saya tertarik dengan idea Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkaitan dengan sekolah satu aliran. Apa yang berlaku pada masa kini seperti tuntutan-tuntutan hak oleh kaum tertentu, mempertikai perlembagaan dan kedaulatan raja-raja Melayu, saya sangat bersetuju dengan idea sekolah satu aliran.
Setelah sekian lama kewujudan sekolah pelbagai aliran terutama sekolah menengah, kini kita nampak implikasinya terhadap negara seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat majmuk.
Kita renung sejenak matlamat Pembinaan Negara Bangsa iaitu perpaduan kaum. Nampaknya kewujudan Sekolah Wawasan belum memadai untuk tujuan perpaduan.
Sistem pendidikan sekarang yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ternyata tidak membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.
Hasil pengamatan dan kajian yang dibuat telah mendapati sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan.
Posted at Khamis, Oktober 29, 2009 | | 0 Comments
Wajah siapa?
Wajah siapakah yang digambarkan oleh pelukis foto ini? Sampai kini ia menjadi misteri. Lukisan ini sudah menjadi koleksi aku sejak tahun 1993. Ia dinukilankan oleh orang tersayang dengan menggunakan pen mata bulat.Pelukisnya sendiri sudah lupa pasal lukisan ini.Cantik kan?...
Posted at Isnin, Oktober 26, 2009 | | 1 Comments
Tahniah
Inilah foto yang sempat diambil selepas majlis APC 2008 peringkat Zon Utara Sabah yang berlangsung di SK.Pekan 2 Pitas pada 12 hb Oktober 2009.
Posted at Ahad, Oktober 25, 2009 | | 0 Comments
Salam Dariku
Assalamualaikum semua..
Mukadimah ja ni....
Akhirnya mau juga aku ada blog sendiri. Tapi buat masa ini hanya ini ja yang aku boleh buat.
Dalam kesibukan ku yang sudah ke tahap Gaban ni, mau jua ku selitkan catatan ringkas di blog yang baru lahir ni.
Tapi kan, blog ni masih rahsia lagi tau..aku ja yang tau pada saat ni hihi...
Tunggu kejap aa...
Posted at Sabtu, Oktober 24, 2009 | | 0 Comments